Friday 10 October 2014

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN 2014/1435

Image result for bismillahirrahmanirrahim in arabic

Assalamualaikum ya Pejuang Agama Allah ! Bagaimana dengan hari anda ? Baik ? Ke kurang baik ? Kalau baik , alhamdulillah .. Bersyukurlah kepada Allah kerana Dia yang melancarkan dan memudahkan segala urusan kalian . :) Kalau kurang baik, jangan mengeluh dan jangan give up tau ! Ikhlaskan hati dan redha dengan segala percaturan dan kehendak Allah .. Sesungguh redha itu indah .. Allah menjanjikan sesuatu yang manis dan indah buat orang orang yang redha , sabar dan yang bersyukur .. ^_^

Alhamdulillah pada 2 Oktober yang lalu, SM Sains Batu Pahat telah menganjurkan satu majlis yang diberi nama Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin buat anak anak SPM , PT3 dan juga anak anak TIMSS .


Pada waktu ini, hanya anak anak Tingkatan 5 (Kryptonizer) , Tingkatan 3 (Neos)  dan juga anak anak Tingkatan 2 (Univic) yang terlibat dengan TIMSS yang berada di sekolah sementara anak anak Tingkatan 1 , Tingkatan 2 (Univic) yang tidak terlibat dengan TIMSS , dan anak anak Tingkatan 4 (Xenthron) telah dibenarkan pulang kerumah lebih awal lagi . 

Seawal jam 6.00 petang , telah kelihatan beberapa orang ibu bapa yang telah sampai di Surau Al-Azhar untuk menghadiri majlis ini .

Tepat jam 7.00 malam , azan maghrib telah berkumandang dan para pelajar serta para guru dan juga para ibu bapa menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah . Selepas itu, solat hajat perdana dilakukan .. Alhamdulillah bacaan Yaasin dapat diteruskan seusai sahaja solat hajat dilaksanakan .   



Sementara menunggu azan Isyak berkumandang, pihak pengacara majlis dengan besar hati menjemput Tuan Pengetua , Tuan Haji Hamsi bin Jamhari untuk memberikan sepatah dua kata . 


Kemudian , Ketua Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula dijemput oleh pengacara majlis untuk menyampaikan amanat amanat penting buat anak anak yang bakal menghadapi peperiksaan yang besar pada tahun ini .


Alhamdulillah majlis bersurai dengan sedikit jamuan makan malam yang disediakan pihak sekolah selepas sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak .. 

Diharapkan selepas ini majlis majlis seperti ini yang melibatkan para ibu bapa dapat ditingkatkan dan diperbanyakkan lagi kerana majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim selain daripada kita dapat mendoakan buat saudara seIslam kita sendiri . Insyaallah . 

Sekian sahaja , Wallahu 'Alam ..

No comments :

Post a Comment