Wednesday 30 July 2014

SUNNAH RASULULLAH MEYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunnah Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W Menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Raya al-Fitr adalah termasuk antara hari kebesaran yang disyariatkan bagi umat Islam, ia berlaku pada 1 Syawal setiap tahun selepas tamatnya puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Kaum muslimin menyambut hari ini dengan penuh riang, gembira kerana telah berjaya melalui bulan Ramadhan dengan sempurna.

Hari Raya Aidilfitri termasuk dalam ibadah, dan sebagaimana ibadah-ibadah lainnya, umat Islam disyariatkan melaksanakannya berdasarkan petunjuk dan sunnah Nabi SAW, kerana ibadah yang tidak menepati sunnah adalah ibadah yang tertolak. InshaAllah semoga sama-sama amalkan Persiapan Hari Raya Aidilfitri mengikut Sunnah Nabi.

                     


Persiapan Hari Raya Aidilfitri
1. Mandi 
Mandi di Pagi Aidilfitri Disyariatkan bagi kaum muslimin untuk mandi pada pagi Aidilfitri berdasarkan athar dari `Umar bahawa beliau mandi sebelum keluar untuk bersolat Aidilfitri [HR. Malik dengan isnad Sahih].

2. Memperindah diri 
di pagi Aidilfitri Kaum muslimin juga dianjurkan agar memakai pakaian yang terbaik dimilikinya untuk pergi ke solat Aidilfitri, dengan itu Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih – Bab kedua hari raya dan memperindah diri padanya”. Memperindah disini bukanlah bermaksud memakai pakaian baru sebagaimana yang difahami sesetengah orang, namun ia bermaksud memakai pakaian yang terbaik yang telah sedia dimiliki, berwangian bagi lelaki dan lain-lain. 

3. Takbir Aidilfitri
 Disyariatkan juga untuk bertakbir pada hari Raya bermula dari masuknya malam Aidilfitri selepas terbenam matahari, dan berhenti apabila solat Aidilfitri dilaksanakan. Perlu diingat bahawa laungan takbir ini dilakukan dengan penuh semangat, dengan nada suara yang kuat serta lantang kerana ia bertujuan membesarkan Allah SWT, bukannya dengan nada sayu dan sedih sebagaimana yang biasa dilakukan sesetengah kaum. 

4. Makan sebelum keluar bersolat Aidilfitri
 Disyariatkan juga sebelum keluar ke solat Aidilfitri agar terlebih dahulu makan sebagaimana kata al-Bukhari dalam Jami’nya al-Sahih. Dan makanan yang terbaik ialah tamar, bahkan disunnahkan memakan tamar dengan bilangan yang ganjil, ini sebagaimana yang thabit dari Baginda SAW dalam hadith yang Sahih, antaranya kata Anas: Maksudnya: “Pada hari raya Rasulullah SAW tidak keluar untuk melaksanakan solat Aidilfitri hinggalah beliau makan beberapa biji tamar terlebih dahulu”. [HR. al-Bukhari, no.961], dan dalam riwayat lain menyebut: “dan Baginda memakannya dengan bilangan yang ganjil” [HR. al-Bukhari, no. 961].

 5. Berjalan kaki ke tempat solat Aidilfitri
 Disyariatkan juga agar keluar ke tempat solat Aidilfitri dengan berjalan kaki sekiranya mampu, jika tidak mampu maka tiada halangan untuk menaiki kenderaan. Disunnahkan agar bertakbir secara kuat sejak keluar rumah dan juga sepanjang berjalan kaki atau menaiki kenderaan, hinggalah solat Aidilfitri. Sesetengah manusia keluar rumah tanpa melaungkan takbir, mereka berjalan secara diam dan hanya mula bertakbir apabila telah sampai di tempat solat Aidilfitri, amalan ini bercanggah dengan sunnah.

 6. Pulang dari solat Aidilfitri jalan berbeza
 Disyariatkan agar seseorang itu pulang susudah mengerjakan solat Aidilfitri dengan mengikuti jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk datang menghadiri solat. Ini sebagaimana yang thabit dari Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir katanya “Adalah Nabi SAW jika bersolat Aidilfitri, Baginda mengambil jalan yang berbeza antara pergi dan pulang” [HR. al-Bukhari, no. 994].

 7. Ucapan tahniah pada hari Aidilfitri
 Dianjurkan untuk mengucapkan tahniah selamat hari Raya pada hari Aidilfitri, namun ia bukanlah satu kemestian. Kata al-Hafiz al-Muhaddith `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi : Maksudnya: “Mengucap tahniah Aidilfitri dengan ucapan : (Taqabbalallah hu minna wa minka) tidaklah jelas bahawa Sahabat dan Tabi’in mengamalkannya secara konsisten, kerana itu berkata Imam Malik: “aku tidak mengetahuinya tetapi aku tidak mengingkarinya”, walhal Imam Malik ialah imam yang paling dekat pengetahuan berkenaan hal keadaan mereka (para Salafussoleh)”  Dan kata al-Tharifi lagi: Maksudnya: “Ucapan tahniah Aidilfitri boleh dilakukan dengan apa juga cara sebutan yang baik maknanya, tidak thabit dalam hadith (yang marfu’) akan cara sebutan tertentu, yang paling kuat hanya ucapan tahniah sesama sahabat, mereka berkata: Taqabbalallah hu minna wa minka atau taqabbalallahu minna wa minkum, baik isnadnya mengikut Imam Ahmad”. Dengan itu boleh seseorang itu mengucapkan sebarang cara sebutan tahniah yang baik, semisal “Selamat Hari Raya”, “Happy `Eid”, “Kullu `Aam wa Entum Bi Khair”, “Minal `Eidin wal Faizin”, “Kullu Sanah wa Entum Tayyib” dan sebagainya. Kesemuanya boleh, tiada masalah.

8. Bergembira pada hari Aidilfitri
 Begitu juga dianjurkan dalam hadith-hadith Sahih untuk bergembira pada hari Aidilfitri, sama ada dengan menyanyi atau bermain-main di paginya. Hari raya atau `Eid al-Fitr adalah hari bergembira dan bukannya bersedih.

 9. Meminta maaf di pagi Aidilfitri 
Meminta maaf itu adalah sejurus selepas menyedari akan kesilapan yang dilakukan, bukannya khusus di pagi hari Aidilfitri. Sedang hari Aidilfitri itu hari mengucapkan tahniah dan doa agar amalan meminta maaf di pagiAidilfitri yang diaamalkan sesetengah kaum, kerana itu adalah adat mereka dan ia bukanlah satu kemestian. 

10. Menziarahi Kubur di pagi Aidilfitri 
Tidak disyariatkan untuk menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri, bahkan mengkhususkan amalan menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri adalah bid’ah, tiada khilaf padanya.

                                 

Thursday 24 July 2014

MAJLIS KHATAM QURAN DAN MAJLIS IFTAR SM SAINS BATU PAHAT

Image result for BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hai hai Assalamualaikum wahai Pejuang Pejuang Agama Allah sekalian .. Hari ini , apa khabar imanmu ? Apa khabar jasadmu ? Sihat ? Kuat ? Alhamdulillah jika sihat dan kuat .. Bersyukurlah kepada Allah kerana tanpa rahmat dan kasih sayang-Nya buat kita, sudah tentu kita belum tentu mendapat nikmat sihat ini . Kan ? So , bersyukurlah ke hadrat Ilahi .. :)

Sebenarnya , hari ini ingin mengimbau kembali kenangan yang berlaku pada tanggal 23 Julai 2014 yang berlaku di Surau Al-Azhar SM Sains Batu Pahat . Kenangan ini ialah Majlis Khatam Quran dan Iftar SM Sains Batu Pahat kali ke-3 . 

Program atau majlis ini bermula pada jam 4.40 petang dengan mendirikan solat fardhu Asar secara berjemaah .  Tepat jam 5 petang , Majlis Khatam Quran dimulakan ..

Selepas itu , para peserta Program Ihya' Ramadhan yang berjaya diberikan hadiah 50 minit kemudian . Maksudnya 5.50 petang la .. Tahniah diucapkan kepada para pemenang .

Sementara menunggu berkumandangnya azan maghrib , tayangan multimedia dan juga sedikit tazkirah ringkas telah dilaksanakan bagi mengurangkan kebosanan para pelajar dan para guru . Bukan itu sahaja, ini juga dapat meningkatkan ilmu warga SEHEBAT . 

Selepas berkumandangnya azan maghrib , para pelajar dan para guru dibekalkan dengan sedikit kuih muih dan juga buah kurma untuk berbuka puasa . Jam 8 malam, warga SEHEBAT bergerak menuju ke Dewan Seri Banang untuk menjamu selera . 

Majlis bersurai tepat jam 10.00 malam dengan Penyampaian Sumbangan kepada Anak Anak SEHEBAT yang yatim dan kurang berkemampuan . Diharapkan dengan sumbangan yang sedikit ini dapat memberi sedikit sinar kebahagiaan dan kecerian buat mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri . Insyaallah . 

Wallahu 'Alam .