Sunday 16 November 2014

MAJLIS TAUTAN BADAR SEHEBAT

Image result for BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hai assalamualaikum ya Pejuang Pejuang Agama Allah sekalian .. Apa khabar iman dan takwamu hari ini ? Meningkat ? Still same as yesterday ? or menurun daripada semalam ? If that happen , cepat cepat istighfar mohon keampunan Allah kay ? 


Alhamdulillah pada 15 November yang lalu, Ahli Jawatankuasa Badan Dakwah dan Kerohanian 14/15 telah menganjurkan sebuah majlis yang dinamakan Majlis Tautan Badar Sehebat .


 Majlis ini diakan untuk meraikan dan menghargai segala jasa dan usaha yang dicurahkan oleh Ahli Badar sesi 13/14 selama ini . Majlis ini juga diadakan untuk meraikan ahli-ahli Badar Kryptonizer yang bakal menamatkan zaman persekolahan mereka hujung tahun ini . 

Majlis diadakan di Restoran Seri Maju, Batu Pahat Johor . Makanan yang disediakan cukup menaikkan selera dan sangat bersesuaian untuk orang ramai . :)

Ahli-ahli Badar bergerak ke Restoran Seri Maju tepat jam 7.30 malam dengan menaiki bas SEHEBAT . Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Akhi Muhamad Syakir Bin Shariff . 

Selepas itu , para muslimin dan muslimat dibenarkan untuk menjamu selera selepas ucapan Akhi Muhammad Iqbal Hafiz Bin Su'ib , selaku Ketua Badar 2013/2014 . oh , lupa untuk inform , pada majlis itu juga , Tuan Haji Hamsi Bin Jamhari, Pengetua Cemerlang SM Sains Batu Pahat , En Mohamad Azman Bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Kurikulum dan juga En. Abd Aziz Bin Husin , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga dijemput sama untuk memeriahkan majlis .



Selepas menjamu selera itu , pengecara majlis, Akhi Muhammad Nazirul Akmal Bin Maliek Zaliezam menjemput Tuan Pengetua untuk memberikan sepatah dua kata . 

Sesi penyampaian hadiah turut diadakan untuk menambahkan lagi seri majlis . Sesi penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Badar sendiri iaitu Akhi Muhammad Iqbal Hafiz Bin Su'ib . 

Majlis berakhir jam 10.00 malam dengan sesi fotografi bersama Tuan Haji Hamsi Bin Jamhari . Ahli-ahli Badar juga menaiki bas untuk pulang ke SEHEBAT . 

Sampai sahaja di SEHEBAT , Ustazah Nur Azza Mawaddah Binti Muhammadselaku guru pembimbing BADAR memberikan sedikit kata kata nasihat buat kami terutamanya buat ahli ahli Badar Tingkatan 5 yang tengah menduduki peperiksaan SPM . Kami juga turut mengambil gambar beramai ramai sebagai kenangan yang terakhir . 


Sekian sahaja , Assalamualaikum . :)

Friday 10 October 2014

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN 2014/1435

Image result for bismillahirrahmanirrahim in arabic

Assalamualaikum ya Pejuang Agama Allah ! Bagaimana dengan hari anda ? Baik ? Ke kurang baik ? Kalau baik , alhamdulillah .. Bersyukurlah kepada Allah kerana Dia yang melancarkan dan memudahkan segala urusan kalian . :) Kalau kurang baik, jangan mengeluh dan jangan give up tau ! Ikhlaskan hati dan redha dengan segala percaturan dan kehendak Allah .. Sesungguh redha itu indah .. Allah menjanjikan sesuatu yang manis dan indah buat orang orang yang redha , sabar dan yang bersyukur .. ^_^

Alhamdulillah pada 2 Oktober yang lalu, SM Sains Batu Pahat telah menganjurkan satu majlis yang diberi nama Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin buat anak anak SPM , PT3 dan juga anak anak TIMSS .


Pada waktu ini, hanya anak anak Tingkatan 5 (Kryptonizer) , Tingkatan 3 (Neos)  dan juga anak anak Tingkatan 2 (Univic) yang terlibat dengan TIMSS yang berada di sekolah sementara anak anak Tingkatan 1 , Tingkatan 2 (Univic) yang tidak terlibat dengan TIMSS , dan anak anak Tingkatan 4 (Xenthron) telah dibenarkan pulang kerumah lebih awal lagi . 

Seawal jam 6.00 petang , telah kelihatan beberapa orang ibu bapa yang telah sampai di Surau Al-Azhar untuk menghadiri majlis ini .

Tepat jam 7.00 malam , azan maghrib telah berkumandang dan para pelajar serta para guru dan juga para ibu bapa menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah . Selepas itu, solat hajat perdana dilakukan .. Alhamdulillah bacaan Yaasin dapat diteruskan seusai sahaja solat hajat dilaksanakan .   



Sementara menunggu azan Isyak berkumandang, pihak pengacara majlis dengan besar hati menjemput Tuan Pengetua , Tuan Haji Hamsi bin Jamhari untuk memberikan sepatah dua kata . 


Kemudian , Ketua Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula dijemput oleh pengacara majlis untuk menyampaikan amanat amanat penting buat anak anak yang bakal menghadapi peperiksaan yang besar pada tahun ini .


Alhamdulillah majlis bersurai dengan sedikit jamuan makan malam yang disediakan pihak sekolah selepas sahaja selesai menunaikan solat fardhu Isyak .. 

Diharapkan selepas ini majlis majlis seperti ini yang melibatkan para ibu bapa dapat ditingkatkan dan diperbanyakkan lagi kerana majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim selain daripada kita dapat mendoakan buat saudara seIslam kita sendiri . Insyaallah . 

Sekian sahaja , Wallahu 'Alam ..

Monday 25 August 2014

MAJLIS IFTAR JAMI'E BADAR 2014


Assalamualaikum ! First of all , admin nak tanya ni ? Pakat sihat ke ? Sihat ? Alhamdulillah ! Bersyukurlah kepada Allah diatas nikmat kesihatan itu . Semoga kesihatan tersebut dapat digunakan kearah yang diredhai dan disukai Allah ya ? Insyaallah . :)

Balik kepada tajuk kita hari ini *cehh,*
Alhamdulillah .. Dengan izin dan rahmat kasih sayang Ilahi , Badan Dakwah dan Kerohanian (Badar) SM Sains Batu Pahat telah mengadakan satu majlis yang diberi nama Majlis Iftar Jami'e Badar pada. Majlis ini diadakan untuk merapatkan ukhuwah sesama kami .. Tambah tambah pada waktu ini , Badar telah menerima beberapa orang ahli baru yang terdiri daripada adik adik Tingkatan 4 (Xenthron) . Jadi , majlis ini diadakan dengan harapan agar ukhuwah kami sesama ahli lama dan juga ahli baru dapat diperkukuh dibawah lembayung kasih sayang, rahmat, dan redha Ilahi insyaallah .









Selain itu, pada hari yang sama juga, alhamdulillah salah seorang daripada ahli Badar menyambut hari lahirnya yang ke-17 iaitu Muhammad Ali Bin Abd Ghani . Alhamdulillah Allah memanjangkan usia sahabat kami ini . Jadi, pada waktu yang sama, kami bersama sama menyambut "sambutan" hari lahirnya itu . Bukan buat apa . Just ask him to give speech sikit . Hehe , 

"Sanah Helwah Ali ! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ! Semoga menjadi anak adik abang hamba yang soleh dan taat serta menjadi pejuang agama Allah ! Semoga Allah sentiasa melindungi dirimu,imanmu,takwamu sepanjang masa . Insyaallah ! Again , Sanah Helwah ! (:"



After that , alhamdulillah Allah memberi peluang dan ruang buat kami untuk mendirikan solat maghrib bersama sama selepas berbuka puasa beramai ramai berbumbungkan langit Allah yang maha besar dan maha luas ! Alhamdulillah ! Satu pengalaman yang jarang ditemui dan sukar didapati .. Alhamdulillah ! 




Okay, semoga Allah merahmati dan memberkati ukhuwah yang terjalin ini . Semoga Allah redha dengan ukhuwah ini . Semoga ukhuwah ini membawa kita semua ke syurga milik-Nya yang maha luas itu ! Insyaallah amin ! 

Akhirnya, saya as admin nak minta maaf andai para Pejuang Agama Allah berasa bosan dengan entry ini. Maaf sangat sangat . Apa yang baik itu datang daripada Allah dan segala kekurangan itu sudah semestinya datangnya daripada diri saya sendiri . Maaf sekali lagi . Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua . Insyaallah ! Saya minta diri dulu .. Assalamualaikum ..

Tuesday 5 August 2014

10 CIRI-CIRI ANGGOTA PEJUANG BRIGED AL QASSAM

Briged Al-Qassam

Al-Qassam adalah sayap ketenteraan Hamas terdiri daripada pejuang berhati waja. Mereka sentiasa bersedia menghadapi Zionis pada bila-bila masa. Bagi menyertai kumpulan ini, seseorang haruslah mempunyai ciri-ciri seperti;

1 – Mendapat izin dari ibu bapa untuk syahid.
2 – Mendapat izin dari ketua masjid di tempat tinggalnya dengan pengesahan individu itu tidak meninggalkan solat subuh berjemaah selama tiga bulan.
3 – Tidak melakukan maksiat atau menghisap rokok.
4 – Wajib mempelajari tafsir al-Quran.
5 – Wajib membaca al-Quran satu juzuk sehari.
6 – Wajib menghafaz 40 hadis Arba’in (Imam Nawawi).
7 – Puasa sunat dan bertahajud.
8 – Tahap kecerdasan tinggi.
9 – Kerap hadir di majlis pengajian ilmu.
10 – Mengamalkan zikir harian.

UPACARA SERAH TUGAS MAJLIS PEMIMPIN PELAJAR (MPP) SESI 2014/2015


Bismillahirrahmanirrahim .. 
Assalamualaikum Para Pejuang Agama Allah ? Sihat ? Admin harap agar kita semua sihat dibawah lembayung kasih sayang dan rahmat Ilahi agar kita semua dapat sentiasa berjuang demi menegakkan agama Allah .. right ?
Okay , Alhamdulillah...syukran lillah. 23 Julai 2014 telah diadakan upacara serah tugas Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) sesi 2014/2015.
MPP ini terdiri daripada Badan Pemimpin Pelajar (BPP) dan Badar.
Harapan agar MPP baru ini dapat meneruskan kepimpinan yang unggul di bumi SEHEBAT. In sha Allah..



Friday 1 August 2014

AWAS! PENYAKIT WAHN SEMAKIN MEREBAK

" Penyakit Wahn!? apa benda tu? " Pastinya ia adalah persoalan bagi setiap pembaca yang sedang membaca post ini.

Seharusnya, ia adalah sesuatu yang pasti bagi umat islam di Malaysia mengetahui mengenai penyakit Wahn. Rasulullah sendiri pernah menyebut di dalam hadisnya


يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ مِنْ كُلِّ أُفُقٍ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ عَلَى قَصْعَتِهَا

قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ، أَمِنْ قِلَّةٍ بِنَا يَوْمَئِذٍ ؟

قَالَ: أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ، وَلَكِنْ تَكُونُونَ غُثَاءً كَغُثَاءِ السَّيْلِ، تُنْتَزَعُ الْمَهَابَةُ مِنْ قُلُوبِ عَدُوِّكُمْ، وَيَجْعَلُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ

قَالَ: قُلْنَا: وَمَا الْوَهْنُ ؟

قَالَ: حُبُّ الْحَيَاةِ وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ


“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”

Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” 

(Hadis Riwayat Ahmad, 37/82, no. 22397. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth. Abu Daud, 11/371, no. 3745. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Pada zaman dahulu,tentera islam digeruni oleh musuh kerana mereka kelihatan seperti singa yang sedang kelaparan dek kerana mereka cintakan SYAHID , namun , kini kebanyakan umat islam sudah mula terlalu mencintai dunia dan takutkan mati terutamanya di Malaysia.

Mari kita berfikir sejenak , apakah kemungkinan yang akan berlaku pada umat islam di Malaysia jika Zionis menyerang negara kita?
A.Pergi ke negara lain yang aman
B.Menyorok di rumah dan mengharapkan tentera Malaysia mengalahkan mereka
C.Melangkah ke medan perang dan berperang kerana Allah

Fikir-fikirkanlah

Namun demikian , Tidak semua umat islam yang sudah terkena jangkitan ini .
Briged Izz Ad Din Al Qassam iaitu Pejuang yang mempertahankan Gaza 
masih mencintai Syahid dan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT. 
Seharusnya kita berasa malu dengan mereka, walaupun negara kita adalah 
satu negara yang agak maju . 
Namun pendirian islam kita jauh terlalu mundur berbanding mereka.
Ayuh sedar, usah biarkan penyakit ini menular di dalam diri anda. 
Biarlah revolusi berlaku!



Wednesday 30 July 2014

SUNNAH RASULULLAH MEYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunnah Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W Menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Raya al-Fitr adalah termasuk antara hari kebesaran yang disyariatkan bagi umat Islam, ia berlaku pada 1 Syawal setiap tahun selepas tamatnya puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Kaum muslimin menyambut hari ini dengan penuh riang, gembira kerana telah berjaya melalui bulan Ramadhan dengan sempurna.

Hari Raya Aidilfitri termasuk dalam ibadah, dan sebagaimana ibadah-ibadah lainnya, umat Islam disyariatkan melaksanakannya berdasarkan petunjuk dan sunnah Nabi SAW, kerana ibadah yang tidak menepati sunnah adalah ibadah yang tertolak. InshaAllah semoga sama-sama amalkan Persiapan Hari Raya Aidilfitri mengikut Sunnah Nabi.

                     


Persiapan Hari Raya Aidilfitri
1. Mandi 
Mandi di Pagi Aidilfitri Disyariatkan bagi kaum muslimin untuk mandi pada pagi Aidilfitri berdasarkan athar dari `Umar bahawa beliau mandi sebelum keluar untuk bersolat Aidilfitri [HR. Malik dengan isnad Sahih].

2. Memperindah diri 
di pagi Aidilfitri Kaum muslimin juga dianjurkan agar memakai pakaian yang terbaik dimilikinya untuk pergi ke solat Aidilfitri, dengan itu Imam al-Bukhari membuat bab khas dalam kitabnya al-Jami’ al-Sahih – Bab kedua hari raya dan memperindah diri padanya”. Memperindah disini bukanlah bermaksud memakai pakaian baru sebagaimana yang difahami sesetengah orang, namun ia bermaksud memakai pakaian yang terbaik yang telah sedia dimiliki, berwangian bagi lelaki dan lain-lain. 

3. Takbir Aidilfitri
 Disyariatkan juga untuk bertakbir pada hari Raya bermula dari masuknya malam Aidilfitri selepas terbenam matahari, dan berhenti apabila solat Aidilfitri dilaksanakan. Perlu diingat bahawa laungan takbir ini dilakukan dengan penuh semangat, dengan nada suara yang kuat serta lantang kerana ia bertujuan membesarkan Allah SWT, bukannya dengan nada sayu dan sedih sebagaimana yang biasa dilakukan sesetengah kaum. 

4. Makan sebelum keluar bersolat Aidilfitri
 Disyariatkan juga sebelum keluar ke solat Aidilfitri agar terlebih dahulu makan sebagaimana kata al-Bukhari dalam Jami’nya al-Sahih. Dan makanan yang terbaik ialah tamar, bahkan disunnahkan memakan tamar dengan bilangan yang ganjil, ini sebagaimana yang thabit dari Baginda SAW dalam hadith yang Sahih, antaranya kata Anas: Maksudnya: “Pada hari raya Rasulullah SAW tidak keluar untuk melaksanakan solat Aidilfitri hinggalah beliau makan beberapa biji tamar terlebih dahulu”. [HR. al-Bukhari, no.961], dan dalam riwayat lain menyebut: “dan Baginda memakannya dengan bilangan yang ganjil” [HR. al-Bukhari, no. 961].

 5. Berjalan kaki ke tempat solat Aidilfitri
 Disyariatkan juga agar keluar ke tempat solat Aidilfitri dengan berjalan kaki sekiranya mampu, jika tidak mampu maka tiada halangan untuk menaiki kenderaan. Disunnahkan agar bertakbir secara kuat sejak keluar rumah dan juga sepanjang berjalan kaki atau menaiki kenderaan, hinggalah solat Aidilfitri. Sesetengah manusia keluar rumah tanpa melaungkan takbir, mereka berjalan secara diam dan hanya mula bertakbir apabila telah sampai di tempat solat Aidilfitri, amalan ini bercanggah dengan sunnah.

 6. Pulang dari solat Aidilfitri jalan berbeza
 Disyariatkan agar seseorang itu pulang susudah mengerjakan solat Aidilfitri dengan mengikuti jalan yang berbeza dari jalan yang digunakan untuk datang menghadiri solat. Ini sebagaimana yang thabit dari Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir katanya “Adalah Nabi SAW jika bersolat Aidilfitri, Baginda mengambil jalan yang berbeza antara pergi dan pulang” [HR. al-Bukhari, no. 994].

 7. Ucapan tahniah pada hari Aidilfitri
 Dianjurkan untuk mengucapkan tahniah selamat hari Raya pada hari Aidilfitri, namun ia bukanlah satu kemestian. Kata al-Hafiz al-Muhaddith `Abdul `Aziz Marzuq al-Tharifi : Maksudnya: “Mengucap tahniah Aidilfitri dengan ucapan : (Taqabbalallah hu minna wa minka) tidaklah jelas bahawa Sahabat dan Tabi’in mengamalkannya secara konsisten, kerana itu berkata Imam Malik: “aku tidak mengetahuinya tetapi aku tidak mengingkarinya”, walhal Imam Malik ialah imam yang paling dekat pengetahuan berkenaan hal keadaan mereka (para Salafussoleh)”  Dan kata al-Tharifi lagi: Maksudnya: “Ucapan tahniah Aidilfitri boleh dilakukan dengan apa juga cara sebutan yang baik maknanya, tidak thabit dalam hadith (yang marfu’) akan cara sebutan tertentu, yang paling kuat hanya ucapan tahniah sesama sahabat, mereka berkata: Taqabbalallah hu minna wa minka atau taqabbalallahu minna wa minkum, baik isnadnya mengikut Imam Ahmad”. Dengan itu boleh seseorang itu mengucapkan sebarang cara sebutan tahniah yang baik, semisal “Selamat Hari Raya”, “Happy `Eid”, “Kullu `Aam wa Entum Bi Khair”, “Minal `Eidin wal Faizin”, “Kullu Sanah wa Entum Tayyib” dan sebagainya. Kesemuanya boleh, tiada masalah.

8. Bergembira pada hari Aidilfitri
 Begitu juga dianjurkan dalam hadith-hadith Sahih untuk bergembira pada hari Aidilfitri, sama ada dengan menyanyi atau bermain-main di paginya. Hari raya atau `Eid al-Fitr adalah hari bergembira dan bukannya bersedih.

 9. Meminta maaf di pagi Aidilfitri 
Meminta maaf itu adalah sejurus selepas menyedari akan kesilapan yang dilakukan, bukannya khusus di pagi hari Aidilfitri. Sedang hari Aidilfitri itu hari mengucapkan tahniah dan doa agar amalan meminta maaf di pagiAidilfitri yang diaamalkan sesetengah kaum, kerana itu adalah adat mereka dan ia bukanlah satu kemestian. 

10. Menziarahi Kubur di pagi Aidilfitri 
Tidak disyariatkan untuk menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri, bahkan mengkhususkan amalan menziarahi kubur pada pagi Aidilfitri adalah bid’ah, tiada khilaf padanya.

                                 

Thursday 24 July 2014

MAJLIS KHATAM QURAN DAN MAJLIS IFTAR SM SAINS BATU PAHAT

Image result for BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hai hai Assalamualaikum wahai Pejuang Pejuang Agama Allah sekalian .. Hari ini , apa khabar imanmu ? Apa khabar jasadmu ? Sihat ? Kuat ? Alhamdulillah jika sihat dan kuat .. Bersyukurlah kepada Allah kerana tanpa rahmat dan kasih sayang-Nya buat kita, sudah tentu kita belum tentu mendapat nikmat sihat ini . Kan ? So , bersyukurlah ke hadrat Ilahi .. :)

Sebenarnya , hari ini ingin mengimbau kembali kenangan yang berlaku pada tanggal 23 Julai 2014 yang berlaku di Surau Al-Azhar SM Sains Batu Pahat . Kenangan ini ialah Majlis Khatam Quran dan Iftar SM Sains Batu Pahat kali ke-3 . 

Program atau majlis ini bermula pada jam 4.40 petang dengan mendirikan solat fardhu Asar secara berjemaah .  Tepat jam 5 petang , Majlis Khatam Quran dimulakan ..

Selepas itu , para peserta Program Ihya' Ramadhan yang berjaya diberikan hadiah 50 minit kemudian . Maksudnya 5.50 petang la .. Tahniah diucapkan kepada para pemenang .

Sementara menunggu berkumandangnya azan maghrib , tayangan multimedia dan juga sedikit tazkirah ringkas telah dilaksanakan bagi mengurangkan kebosanan para pelajar dan para guru . Bukan itu sahaja, ini juga dapat meningkatkan ilmu warga SEHEBAT . 

Selepas berkumandangnya azan maghrib , para pelajar dan para guru dibekalkan dengan sedikit kuih muih dan juga buah kurma untuk berbuka puasa . Jam 8 malam, warga SEHEBAT bergerak menuju ke Dewan Seri Banang untuk menjamu selera . 

Majlis bersurai tepat jam 10.00 malam dengan Penyampaian Sumbangan kepada Anak Anak SEHEBAT yang yatim dan kurang berkemampuan . Diharapkan dengan sumbangan yang sedikit ini dapat memberi sedikit sinar kebahagiaan dan kecerian buat mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri . Insyaallah . 

Wallahu 'Alam .