Thursday 1 May 2014

AHLI BARU BADAR 14/15

Assalamualaikum Wahai Pejuang Agama Allah ..

Alhamdulillah Badan Dakwah dan Kerohanian (Badar) SM Sains Batu Pahat telah menerima beberapa ahli 'keluarga' yang baru yang terdiri daripada adik adik Tingkatan 2 (Univic) , Tingkatan 3 (Neos) dan juga adik adik Tingkatan 4 (Xenthron) . Mereka yang terpilih untuk menjadi ahli keluarga Badar ini adalah mereka mereka yang telah melalui beberapa ujian 'temuduga' yang dilaksanakan oleh Badar Tingkatan 5 (Kryptonizer) dibawah bimbingan ustaz dan ustazah pembimbing Badar .


Alhamdulillah . Kami ahli Badar 13/14 mengucapkan Ahlan Wasahlan kepada adik adik kami yang baru sahaja dipilih oleh Allah untuk membantu kami dalam menegakkan agama Allah dibumi SEHEBAT . Kami sangat berharap agar adik adik dapat meningkatkan lagi prestasi dakwah dan tarbiyyah kepada adik adik SEHEBAT . Semoga kalian terus diberi kekuatan dan jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kalian hadapi . Insyaallah ..

Akhir kalam , kami sangat berbangga dengan kemasukan ahli baru ke dalam 'keluarga' Badar ini . Again, ahlan wasahlan kepada Badar 14/15 . :)