Sunday 9 February 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014/1435

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum wahai Pejuang Agama Allah . Diharapkan kalian semua sentiasa berada dibawah lembayung kasih sayang dan rahmat Ilahi . Insyaallah . :)

Pada 25 Januari 2014, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di surau Al-Azhar, SM Sains Batu Pahat. Majlis telah berlangsung seawal jam 9 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.







Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Sehebat, Shoutul Iman. 



 Majlis dimeriahkan lagi dengan kedatangan penceramah undangan, Encik Mohd. Zuhdi Bin Zakaria. Beliau merupakan Kaunselor dariLembaga Kaunselor Malaysia.


Para pelajar sangat tertarik dengan cara dan gaya penyampaian yang disampaikan oleh penceramah kita . Pelbagai ilmu baru dapat dikutip daripada ceramah beliau . 

Akhirnya , sesi pemberian hadiah diadakan untuk pertandingan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung . ;)

Salam Maulidur Rasul daripada kami , Warga Badan Dakwah dan Kerohanian SM Sains Batu Pahat :)

No comments :

Post a Comment