Saturday 1 February 2014

2014 HADIR .... ORGANISASI BERUBAH ...


 Assalamualaikum .. Alhamdulillah . Allah masih memanjangkan usia kita untuk berjumpa dengan tahun baru lagi . Kali ini ialah tahun 2014 ! Alhamdulillah .. Okaylah , ramai kata , tahun baru azam baru kan ? So , apa azam baru Pejuang Pejuang Agama Allah ini ? 

Okay , begitu juga dengan Badan Dakwah dan Kerohanian (Badar) SM Sains Batu Pahat juga muncul dengan misi dan visi baru pada tahun ini .

Pada awalnya , kami bersama sama bersetuju untuk merombak balik organisasi kami agar tampuk kepimpinan Badan Dakwah dan Kerohanian ini lebih sistematik dan lebih teratur .

Dengan mengadakan "Pilihanraya" , kami bersetuju melantik Akhi Muhammad Iqbal Hafiz bin Su'ib untuk mengetuai organisasi Badan Dakwah dan Kerohanian . Beliau dibantu oleh Ukhti Zai Nurfatinni binti Azmi selaku Penolong Ketua Badar .



Alhamdulillah , mereka akan dibantu oleh Akhi Mohamad Ameerul bin Mohamad Tayib serta Ukhti Nur Athirah binti Ramli selaku Setiausaha .. Organisasi Badar juga diperkukuhkan dengan dua orang Bendahari Kehormat iaitu Ukhti Nurul Ariessa binti Amran dan juga Ukhti Azzahra binti Zakariah .





Bukan itu sahaja , jentera Badan Dakwah dan Kerohanian juga turut dibantu oleh Akhi Mohamad Norfiqiri bin Abd Hamid dan Ukhti Fatin Nabiha binti Jais sebagai Ketua dan Penolong Lajnah Dakwah , Akhi Najmi Afiq bin Juma'at dan Ukhti 'Aina binti Mohd Fauzi sebagai Ketua dan Penolong Lajnah Tamrin , Akhi Muhammad Iqbal bin Mesman dan Ukhti Siti Jamilah binti Ahmat sebagai Ketua dan Penolong Lajnah Musolla , Akhi Muhammad Ali bin Abd Ghani dan Ukhti Norsuhada binti Abdul Rahman sebagai Ketua dan Penolong Lajnah Tobaq dan akhirnya Akhi Mirza bin Ismail dan Ukhti Anis Nadzirah binti Azmi dilantik sebagai Ketua dan Penolong Lajnah Ikhtisas.











Kini, insyaallah dengan orang orang baru yang memegang tampuk kepimpinan Badar akan dapat menggerakkan Badan Dakwah dan Kerohanian SM Sains Batu Pahat dan akan menjadi 'pembantu-pembantu' cikgu dalam menguruskan pelajar pelajar SEHEBAT . insyaallah ..

Oh ya , organisasi atau lebih dikenali sebagai keluarga Badar ini akan dibimbing oleh Ustazah Azza Mawaddah sebagai orang paling kuat dalam menjadi tempat rujukan kami semua ..

Ustazah Nur Azza Mawaddah

Semoga dengan pembaharuan ini dapat menjadi pemangkin kepada gerakan Badar . Insyaallah :)

No comments :

Post a Comment