Sunday, 9 February 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014/1435

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum wahai Pejuang Agama Allah . Diharapkan kalian semua sentiasa berada dibawah lembayung kasih sayang dan rahmat Ilahi . Insyaallah . :)

Pada 25 Januari 2014, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di surau Al-Azhar, SM Sains Batu Pahat. Majlis telah berlangsung seawal jam 9 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.







Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Sehebat, Shoutul Iman. 



 Majlis dimeriahkan lagi dengan kedatangan penceramah undangan, Encik Mohd. Zuhdi Bin Zakaria. Beliau merupakan Kaunselor dariLembaga Kaunselor Malaysia.


Para pelajar sangat tertarik dengan cara dan gaya penyampaian yang disampaikan oleh penceramah kita . Pelbagai ilmu baru dapat dikutip daripada ceramah beliau . 

Akhirnya , sesi pemberian hadiah diadakan untuk pertandingan pertandingan yang telah dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung . ;)

Salam Maulidur Rasul daripada kami , Warga Badan Dakwah dan Kerohanian SM Sains Batu Pahat :)

Saturday, 1 February 2014

Amalan Bantu Membantu

Bismillah pembuka bicara,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Firman Allah SWT :
“… dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.” (QS. Al Maidah : 2)



Taman-taman Syurga
Melalui ayat diatas,tolong menolong dalam melakukan kebajikan dan takwa merupakan satu perkara yang mulia . Dan janganlah kita sesekali tolong menolong dalam membuat suatu kesalahan atau boleh dikenali sebagai bersubahat kerana Allah telah mengingatkan kita di dalam ayat di atas iaitu "Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya" .

Sebagai penutup bagi perkongsian ilmu pada hari ini.Mari sama-sama kita melihat kegiatan gotong-royong yang dijalankan oleh Badar di Surau Al-Azhar (SEHEBAT) ,Insyallah.



Kami menjawab segala kemusykilan anda
     

Kesungguhan Ketua Badar terserlah :D

Sempat lagi ber'posing'


Beberapa orang Badariah sedang sibuk menyusun buku
Ada bakat lah abang kita ni

Semoga kita bertemu lagi ,Insyallah