Ringtone Make Me Strong memecah kesunyian. Konsentrasi aku yang sedang membaca buku‘Robot Life’ terganggu. Aku meletakkan buku itu di sebelah dan bangun mencapai earphone di atas meja.
“Astaghfirullahal’azim, orang tengah syok feeling ada pula yang potong line.” Aku merungut
Segera aku memasang earphone di telinga lalu menekan punat answer di jam. Muka seorang pemuda tertera di skrin jam itu.
“Assalamualaikum. Eh kau Farid. Kenapa call aku ?” Aku memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam. Aku nak jumpa kau boleh ? Kau free tak hari ni ?” Tanya Farid.
“Insha-Allah free. Kenapa nak jumpa ?”
“Aku rindu kau lah, hehe. Lagipun ada benda aku nak cakap.”
“Kau ni dah macam ajak aku dating je. Ke kau gay ? OMG !” Aku berseloroh.
“Amboi, sedap je kau gay kan aku. Kau ni tak boleh beza ke antara gay dengan member forever.” Farid membuat muka.
“Aku baru gurau sikit dah buat muka sepuluh sen macam tu. Chill lah.” Selamba aku memujuk
“Macam lah aku tak faham perangai kau tu. Suka sangat menyakat. Okay lah, bateri aku nak habis ni. Nanti jumpa kat tempat biasa pukul 3. Bye, Assalamualaikum” Sempat Farid membuat gaya peace sebelum mematikan panggilan.
Aku tersenyum. Lalu aku merebahkan badan ke atas katil dan mengambil buku yang tak terhabis baca tadi.
Tak lama kemudian, alarm ku berbunyi.
‘Masa untuk Qailullah abang’
Aku tersenyum apabila terdengar suara itu. Sengaja aku merakam suaranya untuk jadikan alarm. Pengubat rindu lah katakan.
“Terima kasih sayang . Abang rindu sayang.” Kataku sendirian. Senyuman hambar diukirkan.
Mata dipejam. Dunia menjadi gelap sebentar.
***
Jam menunjukkan pukul 2.45 petang. Aku meluncur laju dengan skateboard kesayanganku hanya pada gear tiga. Sambil itu aku melihat suasana sekeliling. Keadaan lalu lintas yang tidak terlampau sesak seperti dahulu.
Dunia kini semakin gah dengan transformasinya. Mungkin sesetengah pelusuk di dunia ini tidak menjangka perubahan yang barangkali tidak terima oleh akal. Dunia kini sedang mengalami transformasi yang lebih advance. Walaubagaimanapun, aku lihat semua makhluk bumi sibuk dengan dunia mereka.
Dunia yang hanya persinggahan bagi jangka masa yang teralalu pendek. Mereka terlampau taksub dengan hal keduniaan. Adakah mereka lupa tentang akhirat yang akan menjadi rumah tetap kita nanti ?
Sedang geligat memikirkan tentang hal kemanusiaan, tiba-tiba skateboard ku yang meluncur laju kini semakin perlahan dan akhirnya berhenti.
“Wahai deck ku yang comel, kenapa lah kau buat hal time gawat macam ni.” Aku cuba istighfar bagi menahan daripada terus merungut. Salah aku juga kerana tidak cas penuh sebelum pergi.
“Terpaksalah aku jalan kaki pergi park.”Aku mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pintas.
GPS di swatchphone aku aktifkan bagi memudahkan perjalananku. Malas aku nak cari jalan sendiri. Earphone ku masih lagi terlekat di telinga sambil membawa deck. Lagu Skyfall by Adele menjadi peneman setia. Gaya aku saling tak tumpah macam budak jalanan. Biarlah apa orang nak kata, sudah style aku begini.
Aku merasakan banyak pasang mata yang memandang pelik ke arahku. Aku berjalan laju mengejar masa. Farid tentu sedang menunggu aku.
Masa bergerak begitu pantas.
***
Aku berjalan menuju ke arah taman yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan menghijau dan bunga-bunga yang mampu menarik perhatian kumbang dan rama-rama. Jauh beza daripada keadaan yang dahulu. Kata ummi, dahulu taman ini tempat lepak sampah masyarakat ! Di sinilah tempat mereka buat maksiat, hisap dadah, main judi dan lain-lain lagi. Kalau tiada usaha kerajaan menanganinya, alamatnya negara ni kotor dengan sampah masyarakat seperti mereka.
Aku berjalan dan menukar siaran berita di swatchphone. Aku meneruskan langkah sambil mendengar berita yang disampaikan dari corong earphone ku.
“Penjenayah bagi kes pembunuhan yang semakin rancak berleluasa masih tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa. Namun, pihak polis melaporkan bahawa kes ini dilakukan oleh dua orang penjenayah yang…..”
Sebelum pemberita itu meneruskan kata-katanya, aku terus menekan punat off.
Riak muka aku berubah. Aku mengalihkan padanganku ke bawah. Bibir terus mengucap zikrullah.
‘Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini.’ Doaku dalam hati.
Malaysia mungkin kelihatan aman kalau dilihat dari segi luarannya dan pembaharuan teknologi baru. Tetapi kalau diselongkar dengan lebih dalam, isu ummah dan perpaduan rakyat amatlah kritikal. Pertumpahan darah semakin menjadi budaya bagi sesebuah negara. Tidak mustahil aku akan menjadi mangsa yang seterusnya.
Aku menghirup udara segar. Tiada lagi asap dari kenderaan yang membuatkan aku berasa loya dan sesak nafas. Kini semuanya bergantung kepada tenaga solar dan bateri.
“Tengah berangan ke cik abang oi” Sapa Farid.
Aku terkejut apabila Farid muncul secara tiba-tiba di sebelahku. “Kau ni salam pun tak ada. Terperanjat aku tau.” Balasku sambil memukul perlahan bahu Farid. Farid hanya ketawa.
Farid adalah rakan karibku daripada sekolah menengah lagi. Dia adalah satu-satunya rakan yang paling aku percaya. Waktu susah, dia mesti tolong aku. Memang bestfriend forever lah !
“Hehe.. Sorry lah aku tak sengaja. Assalamualaikum.” Sambung Farid sambil tersenyum.
“Waalaikumussalam. Ha kau nak apa jumpa aku ?” Kataku pada Farid lalu duduk di atas bangku kayu yang berhampiran. Deck skateboard ku sandarkan pada bangku yang sama.
Farid mengambil tempat di sebelahku. “Kau okay ?” Kata Farid.
Aku terdiam sebentar. “Okay je.”
“Baik kau berterus terang dengan aku”
Aku menarik nafas panjang. “Aku tak akan maafkan pembunuh tu...” Aku mengetap bibir. Farid hanya diam membisu.
“Disebabkan dia aku jadi macam ni” Sambungku. Bahu ku dipaut erat olehnya. Terasa kehangatan ukhuwah mengalir daripadanya.
Perlahan air mataku menitis. “Aku rasa tak sempurna Farid…”
“Nobody’s perfect.” Kata Farid.
“But totally I’m the worst.”
“So, kau nak futur dengan takdir Allah ?”
“Aku hilang segala-galanya Farid..”
“Kalau kau lari dari menerima hakikat, jiwa kau makin tertekan, hati kau makin sempit dan fikiran kau makin keliru. Sebab tu dalam Islam ada konsep muhasabah.”
Aku diam. Aku menelan air liur. Kata-kata Farid buatku tersentak
.
Farid sambung, “Selama aku kenal kau, setahu aku kau ni kuat. Malah lebih kuat daripada aku. Kau lah yang selalu nasihatkan aku untuk terima apa pun ujian daripadaNya. Tak kan kau pula yang nak futur.”
Aku menangis. Menangis sepuas-puasnya. Tak pernah aku merasa ujian seberat ini. Aku memang pandai cakap. Tapi apabila kena pada hidung sendiri, baru padan muka !
“Kalau aku ambil langkah dari awal, mesti tidak akan jadi begini.” Kata ku dengan sisa baki tangisan.
Farid memegang bahuku. “Aku ingat lagi apa yang kau pesan, dalam hadis sahih riwayat Imam Muslim ada mengatakan, jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan.”
Aku mengesat air mata yang tersisa dengan hujung lengan bajuku. “Sorry. Thanks ingatkan aku.”
Aku memandang sekilas ke arah Farid. Aku rasa bersyukur dapat rakan sepertinya. Setiap masalah akan aku adu pada dia. Dia sudah banyak berubah. Dia bukan lagi Farid yang berada dalam tampuk jahiliah. Dia sudah berhijrah. Alhamdulillah.
Aku mengalihkan pandangan ku ke langit. Melihat burung-burung riang berterbangan. Hatiku berasa tenang seketika melihat keindahan Tuhan. Subhanallah.
***
Cuaca petang ini agak mendung. Mungkin menandakan awan akan menitiskan airnya sebentar lagi. Aku mempercepatkan langkahku masuk ke perkarangan rumah. Aku meletakkan ibu jariku di scanner untuk membuka kata laluan pintu masuk. Pintu dikuak. Belum sempat aku melangkah masuk, Ain sudah berlari ke arahku dengan penuh gembira.
“Papaaa !” Dia memanggilku.
Ain yang hanya paras pinggangku memeluk kakiku. Terserlah senyuman lebar di mukanya. Aku tertawa kecil lalu mendukungnya. Ku cium pipi anak kecilku itu. Satu-satunya anak tunggalku. Hanya dengan melihat Ain, sudah cukup untuk menceriakan hidupku.
“Comelnya anak papa ni.” Aku mengusap rambutnya yang kerinting.
Lantas dia mencium pipi kiriku dan tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang putih.
“Papa, Ain teringin nak peluk mama.”
Aku terkedu. Rasa sedih menghimpit. Segala perasaan berkumpul di lubuk hati.
“Ain rindu arwah mama ?” Soalku. Ain mengangguk mengiyakan kataku.
Sungguh aku kesian pada anak kecil ini. Hanya beberapa tahun saja diluangkan masa dengan ibunya. Ini semua salah aku ! Aku seorang suami yang dayus ! Aku tidak mampu menguruskan rumah tangga sendiri. Aku tidak pandai mendidik isteri. Aku membiarkan isteriku berjalan ke neraka ! Ya Allah, diriku ini sungguh berat dengan dosa.
Air mata mengalir di pipi.
“Papa ? Kenapa papa nangis ?” Soal Ain dengan penuh hairan.
“Tidak apa-apa sayang.” Jawabku sambil tersenyum. Ku peluk Ain dengan penuh kasih.
***
“Abanggg, tolong saya ! Selamatkan saya bang ! Arghhhhhhhhh !”
Aku cuba mencari suara itu. Aku tahu itu suara isteriku ! Aku mendengar jeritan isteriku seperti sedang menahan kesakitan. Seperti diseksa ! Tetapi, mengapa semuanya gelap ? Tiada jalan mahupun kelibat orang. Aku bingung.
“Abang, ampunkan saya…. Saya tahu saya dah banyak buat salah … Maafkan saya kerana bersikap kasar pada abang dan Ain.. Ampunkan saya bang…” Terdengar suaranya dengan nada yang sangat sedih dan terseksa.
Mataku terbuka. Mimpi. Jantungku berdegup laju. Badanku berpeluh. Tanganku menggigil.
Sekarang baru pukul 3.20 pagi. Aku istighfar berulang kali. Aku turun dari katil lantas menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Sejadah ku bentangkan. Tahajud ku langsaikan. Ku luahkan segalanya pada Allah.
“Ya Allah, tidak pernah terdetik di hatiku untuk membenci isteriku. Aku tahu dia seorang isteri yang baik buatku dan ibu yang baik buat Ain. Kau ampunilah dosanya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dengan rahmatMu, Kau tolonglah hambaMu ini Ya Allah.” Perlahan air mata mengalir lalu jatuh atas tangan yang menadah doa.
Aku tahu disebalik ujian yang aku pikul, ada terselit hikmah yang baik untuk diriku. Oleh itu, aku serahkan semuanya kepadaNya.
***
Angin pagi menembusi ruang tingkap. Nyaman udara pagi ini. Aku merenung ke luar rumah. Tiada pemandangan yang mampu menangkap pemerhatianku kecuali bangunan-bangunan tinggi. Pencakar langit.
Pakaianku yang tersarung aku tanggalkan satu persatu. Tuala tidak bercorak membaluti separuh badanku. Aku duduk di hujung katil. Aku perhatikan kaki ku. Hanyalah kepingan besi kalis air. Aku menyentuhnya. Sejuk. Bahagian kakiku dipenuhi alat bantuan kekal untuk menjalani hidup seperti manusia biasa. Aku menghela nafas panjang lalu menuju ke ruang bilik mandi.
Selesai mempersiapkan diri, aku rebahkan tubuhku di atas katil. Penat. Mungkin sekarang ini ramai yang sibuk meraikan tahun baru dengan keluarga tersayang. Di laman sosial sudah tentu penuh dengan gambar tahun baru mereka yang dimuat naik. Dahulu setiap kali tahun baru menjelang, isteriku akan sibuk pergi ke spa atau keluar dengan rakan baiknya. Umurnya baru mencecah usia 19 tahun ketika itu. Orang sekeliling pasti tidak mempercayai bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga dalam usia itu. Pemakaiannya cukup menggambarkan dia seorang yang sosial.
Pada awal perkahwinan, bagiku dia seorang isteri yang solehah kerana setiap kataku dia turuti tanpa bantahan. Namun, beberapa tahun kemudian terdapat banyak perubahan yang aku lihat pada isteriku. Sebagai seorang suami, sudah beberapa kali aku menegurnya. Namun, pelbagai alasan yang diberikan. Setelah pelbagai cara cuba aku lakukan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami, masih tidak berhasil kerana egonya yang tinggi.
Keadaannya berlarutan sehingga nyawanya tergadai. Dirogol dan dibunuh kejam oleh dua orang penjenayah di hadapan mataku sendiri. Aku berada di tempat kejadian ketika itu dan cuba menyelamatkan isteriku. Walaubagaimanapun, usaha aku gagal dan aku mengalami kecederaan teruk di kaki selepas ditetak sementara isteriku sudah tidak bernyawa.
Kejadian tersebut telah membawa seribu satu perasaan. Sedih, marah, putus asa datang menyerang hatiku. Aku merasakan seperti kehidupan aku sudah tidak berakhir dan tidak mempunyai apa-apa makna selepas ini. Mengapa dunia ini begitu kejam !? Dengan bantuan teknologi yang semakin canggih dan mempunyai sistem yang baik, kes jenayah semakin berleluasa. Hanya dengan menekan satu punat di telefon, lokasi mangsa sudah dapat dikesan. Mungkin dunia ini semakin menghampiri pengakhirannya. Cuma waktunya saja kita tidak ketahui.
Bunyi jam loceng digital mengejutkan aku daripada tidur. Dengan keadaan separuh sedar, aku menekan punat‘dismiss’ pada alat kawalan jauh. Bunyi itu tidak kedengaran lagi. Otot-otot badan ku renggangkan. Mata masih lagi berasa berat. Aku bangun dan menuju ke bilik Ain bersebelahan dengan bilik ku. Aku gagahkan juga kaki ku melangkah dengan keadaan mengantuk.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bilik Ain, aku dapati Ain sedang duduk di sudut bilik sambil berpeluk tubuh. Riak mukanya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Aku tersenyum lalu menghampirinya. Aku menarik wayar panjang yang tersimpan di bawah perutnya lantas plag itu dimuatkan ke dalam soket yang tidak jauh daripadanya. Tenaganya mungkin sudah lemah. Aku biarkan dia dicas dan berlalu ke ruang televisyen.
Ain hanyalah baby robot yang aku beli daripada sebuah makmal yang memperkenalkan pelbagai robot berpaksikan manusia. Aku membelinya setelah dua tahun berkahwin tidak mendapat sebarang zuriat. Walaupun Ain tidak akan mengalami proses pembesaran, cukuplah menjadi peneman dan memeriahkan keluargaku.
Suis televisyen dihidupkan. Siaran berita terpampang di kaca televisyen.
“Kurang empat jam selepas menyamun seorang wanita yang baru mengeluarkan wang di sebuah bank, dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Plaza Tol Sentul Pasar, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).
Kedua-dua suspek dikenali dengan nama Muhammad Farid, 20 dan…..”
Aku menukar siaran. Berita itu sudah dimaklumkan kepadaku semalam. Dua orang penjenayah yang telah meragut nyawa isteriku sudah ditembak mati oleh pihak polis.
Selama ini aku silap dalam menilai seorang rakan. Rupa-rupanya selama ini dia berpura-pura sepanjang persahabatan yang dianggap bermakna kepadaku. Agama Islam digunakan sebagai permainan bagi menutup keaibannya.
Ya, DIA HANYALAH SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA.
***
"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit!
Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pon. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[At-Taubah,9:38-39]
"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.
Sesungguhnya pada siang hari kau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang. dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati."
[Al-Muzzammil, 73:5-8]
No comments :
Post a Comment