Tajuk entry kali ini adalah berkisar mengenai sahabat. Ramai orang terlepas pandang (termasuk diri ini) mengenai tanggungjawab seorang sahabat atau kawan.
Apa beza sahabat n kawan?
*sahabat taraf dia tinggi daripada seorang kawan*
Kata orang, untuk menilai peribadi seseorang itu, lihatlah dengan siapa dia berkawan.
Jika baik rakannya, maka kemungkinan baiklah perangainya.
Bahkan, rasulullah S.A.W. sendiri pernah bersabda:
“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.
Sahabat yang soleh menyenangkan hati kita pabila melihat dirinya umpama minyak wangi yang mengeluarkan bau harum. Manakala, sahabat yang jahat adalah sebaliknya.
*kalau jahat, tak guna istilah sahabat*
Ini tidak bermakna kita harus menjauhi sejauh-jauhnya daripada sahabat yang tidak baik itu. Kita dibenarkan berkawan dengan sahabat sedemikian asalkan kita tidak terikut/terpengaruh dengan sikapnya. Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB seorang Muslim untuk menyebarkan kebaikan, sesuai dengan konsep amar ma'aruf nahi mungkar. Jangan pula nanti sahabat yang tidak baik itu MENUNTUT haknya di akhirat. Silap-silap kaki kita ditarik oleh mereka ketika hendak melangkah ke syurga.
Tugas menyebarkan kebaikan kepada insan lain ini tidak dinafikan adalah BERAT. Jangan ingat semua orang akan suka. Kadang-kadang, kawan rapat sendiri yang terang-terangan membuat dosa memang sukar untuk diberi teguran. Contoh, tidak menunaikan solat fardu. Memang sukar untuk ditegur, apatah lagi memikirkan implikasi terhadap hubungan persahabatan sekiranya sahabat berkecil hati dengan teguran yang diberi. Sahabat yang menegur hendaklah sentiasa bermanis muka dan menunjukkan contoh yang baik dalam memberi teguran. Teguran hendaklah diberi bertujuan untuk membetulkan dan dilakukan secara personal untuk tidak menjatuhkan air muka sesiapa. Di samping kita menegur sahabat yang tidak baik itu, kita perlu sentiasa berdoa agar Allah membuka hati sahabat yang ditegur untuk menerima teguran dan berubah ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita telah berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Berikut adalah beberapa adab berkawan:
- Mengasihi saudara sesama Islam semata-mata kerana Allah
- Mengucapkan salam bila bertemu.
- Sentiasa menziarahi terutamanya ketika sakit.
- Sentiasa mendoakan
- Menolong ketika kesempitan.
- Memenuhi jemputan
- Saling memberi hadiah.
- Tidak memutuskan silaturrahim dan memulaukan.
- Bertolak ansur dan saling memaafkan.
- Bermanis muka bila bertemu.
- Husnudzon (bersangka baik).
- Jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama Islam.
Dalam menjaga hubungan persahabatan, bermacam-macam dugaan pasti terjadi. Allah pasti menguji hubungan persahabatan tersebut dengan pelbagai ujian. Oleh itu, persahabatan yang baik memerlukan perhatian dari kita yang sewajarnya dengan menjaga adab-adab dalam berkawan. Sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Iman kita akan sentiasa turun dan naik. Adakalanya kita mudah untuk melakukan kebaikan dan adakalanya kita begitu liat untuk melakukan kebaikan lantas mudah terpedaya dengan hasutan syaitan. Istilah "putus kawan" mudah dilafazkan ketika emosi sedang marah. Oleh itu, perkara paling berpengaruh dalam menarik kita kembali ke jalan Allah adalah hubungan persahabatan yang dibina kerana mencari redhaNya. Disebabkan persaudaraan sesama Islam ini menjadi luar biasa jika ianya diikat kerana Allah, perkara pertama yang dilakukan oleh rasulullah S.A.W ketika berhijrah ke Madinah adalah menyatukan golongan Ansar dan Muhajirin. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Al-Anfaal:63)
Allah pasti menganugerahkan kemanisan dan kekuatan ukhwah yang dijalinkan kerana Allah. Kita sememangnya bertuah jika mempunyai sahabat yang sedemikian. Jangan mempersia-siakan sahabat kita kerana mereka boleh menarik kita ke syurga Allah, dan mereka juga boleh menarik kita ke neraka dengan tuntutan hak yang tidak kita tunaikan.
Sekian dahulu untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
Wassalam
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
ReplyDeleteWelcome to MyCityCasino.com. We have a great 전라북도 출장안마 selection of 경상남도 출장마사지 Slots, Video Poker, and Video Blackjack. Enjoy 경산 출장안마 your stay 벳 매니아 at the Harrah's Cherokee 시흥 출장샵 Casino