BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ..
Perkongsian kali ini insyaallah akan membicarakan tentang satu ayat Al-Quran yang sangat agung dan terkadang diri kita terlepas pandang tentang keagungan dan kebesarannya iaitu al-Basmallah.Sebahagian ulama tafsir menyatakan ayat tersebut adalah Ummu Al-Fatihah (ibu kepada surah Al-Fatihah).Ayat yang dimaksudkan ialah :
Teman-teman yang dikasihi sekalian ,
Sebagaimana kita ketahui bahawa surah al-Fatihah adalah Ummu Al-Quran iaitu ibu kepada Al-Quran, istilah ini menunjukkan bahawa surah ini mempunyai kelebihan,kepentingan,kelebihan dan keistimewaan yang sangat agung di sisi ALLAH SWT.
Al-Basmalah merupakan satu ayat daripada ayat-ayat suci Al-Quran al-Karim.Ia juga merupakan Ummu Al-Fatihah, iaitu ibu kepada surah Al-Fatihah dan yang mempunyai kepentingan,kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.Al-Basmalah boleh didapati daripada ayat pertama di dalam surah al-Fatihah yang berbunyi :
dan juga di dalam surah al-Naml ayat ke 30 yang berbunyi :
Teman-teman yang dirahmati ALLAH SWT,
Sesungguhnya Allah SWT mahu mendidik hamba-hambaNya supaya memulakan sesuatu perkara dengan menyebut nama-Nya dan memohon petunjuk,rahmat dan keberkatan dari-Nya.Inilah didikan langsung dari ALLAH SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memulakan semua amalan,perkerjaan,gerak-geri dan tingkah laku dengan menyebut Al-Basmalah.
Jika kita mulakan segala amalan baik kita dengan kita membaca Al-Basmalah,maka amalan kita itu bersama-sama dengan rahmat dan keberkatan ALLAH SWT.Semoga dengan istiqamah menyebutnya, amalan kita akan menjadi amal soleh di sisi ALLAH SWT.
Contohnya tidur.Semua orang berhajat kepada tidur kerana tidur boleh merehatkan badan.Akan tetapi berapa ramai yang menyebut nama ALLAH SWT sebelum tidur ?? Ketahuilah,tidur yang dimulakan dengan nama ALLAH SWT,maka kerehatan badan akan dapat dan ditambahkan dengan rahmat,keberkatan dan pemeliharaan ALLAH SWT sepanjang kita tidur.Insyaallah.
Wahai teman yang dikasihi ALLAH SWT,
Muhasabalah,sejauh mana kita memulakan setiap amalan dengan Al-Basmalah. Jika ya,Alhamdulillah ! Jika tidak, mari kita mulakan sekarang ! Marilah sama-sama kita biasakan diri dengan menyebut Al-Basmalah pada setiap apa yang hendak kita lakukan.Semoga setiap amalan mendapat keberkatan ALLAH SWT..
" Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Al-Basmalah maka ia akan terputus dari rahmat ALLAH "
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
No comments :
Post a Comment