Sunday, 15 September 2013

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN DAN MAJLIS KHATAM QURAN 2013/1434


Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah berakhirnya program Ihya' Ramadhan , disusuli pula majlis penutup program tersebut. Majlis Khatam al-Quran 2013 turut dilangsungkan pada hari yang sama, diikuti iftar pelajar Sehebat bersama Mentor masing-masing. Sumbangan berupa wang ringgit juga turut diberikan kepada pelajar yang terpilih bagi memeriahkan lagi perayaan Aidilfitri. Majlis pada hari yang bahagia tersebut turut dimeriahkan lagi dengan jemputan penceramah khas bagi memberi peringatan kepada seluruh warga Sehebat.






Bersyukur ke hadrat Allah swt , program ini berjaya dimulai dan diakhiri dengan jayanya.
Alhamdulillah, segala objektif dapat dicapai. Warga Sehebat umumnya berjaya merapatkan segala jurang ukhwah yang terbina dan sama-sama mewarnai Sehebat dengan bakat yang ada.
Semoga Sehebat terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Kami BADAR Sehebat berharap agar terus diberi kepercayaan bagi mengelola program-program seperti ini. In Shaa Allah kami bakal menjayakannya dengan penuh amanah dan tanggungjawab. 
Semoga Badar Sehebat terus mara ke arah melahirkan kehidupan bercorak islamiah di Sehebat sendiri.
Wassalam.

PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2013/1434


PROGRAM IHYA' RAMADHAN

Sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) Sehebat telah diberi kepercayaan bagi mengelola program sulung ini. Badar Sehebat juga turut dibantu oleh Persatuan Pelajar Islam Sehebat. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuklah :

  • Pertandingan Tilawah Al-Quran
  • Pertandingan Melaungkan Azan
  • Pertandingan Tulisan Khat
  • Pertandingan Nasyid (solo lelaki)
  • Pertandingan Kuiz Ihya' Ramadhan
  • Pertandingan Hafazan Al-Quran
Para hakim yang adil lagi saksama
(Ustaz Ishak dan Ustazah Ummi)

Antara surah-surah yang perlu dihafal oleh peserta pertandingan hafazan

Para peserta sedang tekun melakukan Khat
Salah seorang peserta tilawah al-quran
Sepanjang bulan Ramadhan juga, pelajar-pelajar Sehebat telah mengadakan tadarus al-Quran yang diketuai oleh Naqib/Naqibah bagi kumpulan usrah masing-masing.

Alhamdulillah. Berkat usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua warga Sehebat, Program Ihya' Ramadhan telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya.

Semoga program seperti ini dapat menanamkan nilai nilai murni Islam didalam diri kami semua . Dan diharapkan juga aktiviti yang baik didalam Program Ihya' Ramadhan ini seperti Tadarus Quran dan Hafazan itu dapat diteruskan pada bulan bulan yang lain juga . 

Akhir sekali , kami Warga Badan Dakwah dan Kerohanian ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh Warga SM Sains Batu Pahat dan juga Warga Persatuan Pelajar Islam diatas segala kerjasama yang dicurahkan dalam menjayakan Program Ihya' Ramadhan ini .. Alhamdulillah dan terima kasih ! :)

Wallahu 'alam ...

Friday, 19 July 2013

MULAKAN DENGAN AL-BASMALAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ..

Perkongsian kali ini insyaallah akan membicarakan tentang satu ayat Al-Quran yang sangat agung dan terkadang diri kita terlepas pandang tentang keagungan dan kebesarannya iaitu al-Basmallah.Sebahagian ulama tafsir menyatakan ayat tersebut adalah Ummu Al-Fatihah (ibu kepada surah Al-Fatihah).Ayat yang dimaksudkan ialah :


Teman-teman yang dikasihi sekalian ,

Sebagaimana kita ketahui bahawa surah al-Fatihah adalah Ummu Al-Quran iaitu ibu kepada Al-Quran, istilah ini menunjukkan bahawa surah ini mempunyai kelebihan,kepentingan,kelebihan dan keistimewaan yang sangat agung di sisi ALLAH SWT.

Al-Basmalah merupakan satu ayat daripada ayat-ayat suci Al-Quran al-Karim.Ia juga merupakan Ummu Al-Fatihah, iaitu ibu kepada surah Al-Fatihah dan yang mempunyai kepentingan,kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.Al-Basmalah boleh didapati daripada ayat pertama di dalam surah al-Fatihah yang berbunyi :


dan juga di dalam surah al-Naml ayat ke 30 yang berbunyi :


Teman-teman yang dirahmati ALLAH SWT,

Sesungguhnya Allah SWT mahu mendidik hamba-hambaNya supaya memulakan sesuatu perkara dengan menyebut nama-Nya dan memohon petunjuk,rahmat dan keberkatan dari-Nya.Inilah didikan langsung dari ALLAH SWT kepada hamba-hamba-Nya supaya memulakan semua amalan,perkerjaan,gerak-geri dan tingkah laku dengan menyebut Al-Basmalah.

Jika kita mulakan segala amalan baik kita dengan kita membaca Al-Basmalah,maka amalan kita itu bersama-sama dengan rahmat dan keberkatan ALLAH SWT.Semoga dengan istiqamah menyebutnya, amalan kita akan menjadi amal soleh di sisi ALLAH SWT. 

Contohnya tidur.Semua orang berhajat kepada tidur kerana tidur boleh merehatkan badan.Akan tetapi berapa ramai yang menyebut nama ALLAH SWT sebelum tidur ?? Ketahuilah,tidur yang dimulakan dengan nama ALLAH SWT,maka kerehatan badan akan dapat dan ditambahkan dengan rahmat,keberkatan dan pemeliharaan ALLAH SWT sepanjang kita tidur.Insyaallah.

Wahai teman yang dikasihi ALLAH SWT,

Muhasabalah,sejauh mana kita memulakan setiap amalan dengan Al-Basmalah. Jika ya,Alhamdulillah ! Jika tidak, mari kita mulakan sekarang ! Marilah sama-sama kita biasakan diri dengan menyebut Al-Basmalah pada setiap apa yang hendak kita lakukan.Semoga setiap amalan mendapat keberkatan ALLAH SWT..

" Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Al-Basmalah maka ia akan terputus dari rahmat ALLAH "
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tuesday, 4 June 2013

ERTI MARUAH

Jagalah maruah anda. Sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam hidup anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.

M : MARUAH letaknya di muka. Kerana itu orang akan menutup muka apabila malu.

A : AURA yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R : REPUTASI mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai dipijak orang.

U : UNGKAPAN orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri. Jadilah insan yang mengotakan kata-kata. Mereka yang suka bermain dengan kata-kata dan tidak mengotakannya, jatuh dalam golongan orang yang tidak bermaruah kerana tidak membuat orang percaya kepada kata-katanya sendiri. Maka janganlah sesekali mungkir janji dan mengeluarkan kata-kata tanpa usul periksa.

A : ANGGAPAN masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H : HARGA diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

Sunday, 2 June 2013

Hadis 1: NIAT [Hadis 40 - Imam Nawawi]




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."




Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah.



Latar Belakang hadis:

Hadis ini telah dilafazkan oleh Nabi Muhammad pada masa seorang lelaki berpindah dari Makkah ke Madinah semasa peristiwa Hijrah demi semata-mata kerana mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais dan tidak berhijrah dengan sebab Islam.

Hadis ini adalah antara hadis yang terpenting dalam Islam.

Imam Syafi’e berkata bahawa hadis ini adalah satu pertiga dari pengetahuan ilmu Islam serta berkait rapat dengan 70 tajuk cabang ilmu Fiqh.Imam Ahmad pula berkata Islam itu ada 3 asas (yang kesemuanya terdiri daripada 40 hadis):
Hadis 1: telah dinyatakan di atas.
Hadis 5: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang tidak ada dalam urusan kita (Islam) maka dia tertolak”
Hadis 6: “Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas. Antara keduanya pula, terdapat perkara-perkara yang diragui dan tidak diketahui oleh ramai manusia…”

Ketiga-tiga hadis ini telah diperakui oleh Bukhari dan Muslim. Kesemuanya menggariskan 3 ciri kriteria bagi membantu Muslim menilai dan menyemak apa yang telah mereka lakukan dan apa yang mereka katakan sebagai ibadah dalam kehidupan seharian:
Hadith 1 - untuk menilai dan meneliti tindakan dalaman diri (iaitu tindakan hati).
Hadith 5 - untuk menilai dan meneliti tindakan luaran diri (actions of the limbs).
Hadith 6 - untuk menilai dan meneliti tindakan berurusan atau muamalat diri ketika berinteraksi dengan khalayak.


Niat (gerak hati ataupun lintasan dalam hati) mempunyai 2 maksud:

Gerak hati sebelum melakukan sesuatu ibadah (contohnya solat).
Keinginan.

Maksud kedua (2.) daripada niat inilah yang ingin disampaikan melalui hadis ini.


Pengajaran Hadis





Nabi Muhammad Rasul Utusan Allah telah memberi isyarat dengan mementingkan hadis ini iaitu hadis yang berprinsip bahawa Kelakuan itu akan dinilai dengan niat atau gerak hatinya. Dan telah pun memberi bersama 3 contoh. Inilah metodologi yang digunakan Rasulullah. Contoh diberi untuk membantu memahami prinsip. Maka dengan itu, manusia lain boleh memahami dengan mudah dan senang pula mengamalkannya dalam apa jua keadaan.


Tiga contoh dalam hadis ini ditunjukkan yang mengandungi niat baik itu adalah berhijrah dan berubah semata-mata kerana Allah dan RasulNya beserta dua lagi contoh niat yang buruk iaitu berhijrah dan berubah hanya semata faedah dunia dan hanya kerana sebuah perkahwinan dan perempuan.


Hadis ini merujuk kepada ikhlas (keikhlasan - benar dan jujur semata kerana Allah sahaja, melakukan perbuatan sepenuhnya kerana Allah samada ada yang menyaksikan atau tidak melainkan yang bersaksi hanya Allah semata). Ikhlas adalah satu syarat sesuatu perkara baik itu diterima amalannya. Syarat yang lain yang mesti dituruti adalah tindakan atau perbuatan itu mesti menepati Syariah seperti yang diterangkan dalam hadis kelima.


Ini dapat dilihat dalam lafaz syahadah:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah” itu adalah ikhlas - memastikan yang kita melakukan setiap perkara itu kerana Allah dan hanya kerana Allah.
“Aku bersaksi Muhammad itu Pesuruh Allah” - Sunnah Rasulullah itu adalah manifestasi daripada Quran - Rasul itu adalah contoh ikutan, qudwah atau model idola terbaik untuk diikuti. Berdasarkan Sunnah baginda dalam ibadah kita seharian, Akhlaq (etika), dan Muamalat (dealings) memastikan kita bertindak mengikut syariat.


Oleh itu, syahadah menunjukkan kita terdapat syarat dalam berbuat kebaikan atau melakukan tindakan: (a) ia mesti dilakukan semata kerana Allah sebab hanya Allah yang layak disembah dan dipuja, dan (b) tindakan itu mesti selaras dengan Syariah.


Cara-cara untuk mendapatkan ikhlas:
  • Lakukan perkara kebaikan - semakin banyak perkara baik yang kita lakukan, semakin dekat kita dengan Allah, juga semakin ikhlas kita nanti. 
  • Sebelum melakukan sesuatu kebaikan atau sesuatu perkara, terlebih baik kita mendapatkan ilmu pengetahuan tentang apa yang akan kita lakukan - tindakan kita atau kebaikan seharusnya dipandu dan disandarkan kepada ilmu pengetahuan yang sahih, maka dengan dengan itu dapat kita sejajarkan dengan Syariah. 
  • Jangan diberi tanggapan yang salah - bermakna tidak membuat orang lain percaya bahawa tindakan salah kita adalah sesuatu yang baik. Perkara yang baik tetap baik, perkara yang salah tetap salah perlu disampaikan sebenarnya. 
  • Al-Imam Ahmad berkata: Sebelum kamu melakukan sesuatu, periksa niat (tujuan hati) - tanyakan diri kamu sebelum kamu melakukan aksi perbuatan kamu: “Adakah ini semata untuk Allah?” 


Terdapat 4 perkara yang bercanggah dengan ikhlas:
  • Ma’siat - terlibat dengan dosa - ini akan melemahkan ikhlas. 
  • Syirik - sekutukan Allah. 
  • Riya’ - melakukan ibadah dengan keinginan menunjuk-nunjuk kepada orang lain. 
  • Nifaq - hipokrit. 


Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.