Tuesday 4 March 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W BERSAMA USTAZ KAZIM ELIAS

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalamualaikum kepada semua Pejuang Agama Allah . Sihat ? Semoga kalian sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bagus . Kerana apa ? Kerana Islam memerlukan Pejuang Agama yang sihat dan cergas . :)

Alhamdulillah , pada 16 Februari 2014, beberapa ahli keluarga Badan Dakwah & Kerohanian (Badar) telah mengikuti sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Firdaus , Sg Suloh . Sambutan ini dianjurkan oleh Pemuda UMNO Batu Pahat . 







Alhamdulillah . Pelbagai ilmu ilmu baru yang dapat dikutip pada sambutan Maulidur Rasul kali ini . Semoga ilmu ilmu tersebut dapat digunakan untuk menegakkan syariat Allah diatas muka bumi ini . Insyaallah . :)

Malam Cinta Rasul

Pada 20 Februari 2014, Badan Dakwah & Kerohanian telah mengikuti program Malam Cinta Rasul anjuran Pejabat Pendidikan Daerah bersama dengan JKD Pendidikan Islam Sekolah -Sekolah Daerah Batu Pahat bertempat di Dataran Pahlawan Batu Pahat. Program ini turut menampilkan Ustaz Al Habib Ali Zaenal Abidin sebagai penceramah undangan.